The Master Shifu

The Master Shifu
The Cooking Expert

Selasa, 14 Januari 2014

STATISTIK YANG MENGGERUNKAN!!

Statistik Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat 2004, 47.3 % wanita Malaysia adalah pekerja dan mereka ini juga merupakan ibu. Ini merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara. Negara Singapura yang sepatutnya lebih tinggi pun hanyalah 36%. 

     Dalam banyak-banyak ni, berapa yang masak di rumah? Berapa pula yang suaminya hanya makan di luar atau lebih teruk "makan luar"? Dalam kalangan isteri-isteri di Malaysia, berapa ramai yang tidak tahu langsung memasak atau hanya tahu masak mee segera atau masak air? Tahukah kita, isteri tidak memasak di rumah, tidak kira sama ada tidak tahu memasak atau tidak mempunyai masa kerana sibuk bekerja atau hanya kerana malas, merupakan antara sebab utama penceraian berlaku? 
     
      Oleh kerana itu, kami di blog ini berikrar untuk membantu sebanyak mungkin isteri yang tidak tahu memasak agar mereka tahu memasak manakala isteri yang mempunyai masa yang terhad untuk memasak atau kepenatan untuk memasak kerana bekerja, akan mempunyai masa untuk memasak tanpa menggunakan tenaga yang banyak. Bukan itu sahaja, kami berikrar untuk memastikan para isteri akan mendapat pujian dari suami. 

INI IKRAR KAMI!! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan