The Master Shifu

The Master Shifu
The Cooking Expert

Selasa, 28 Januari 2014

MARI MENGENAL REMPAH

KAYU MANIS

Asal
India dan negara sekitar. Kini ditanam di negara-negara tropika

Kegunaan
1) Daun Muda
-dimakan sebagai ulam atau digunakan sebagai perisa
2) Kulit Kayu
-perisa acar, biskut, jem, jeruk, kek, kordial, kuih muih, manisan, puding, roti, sup, sos dan rempah kari
3) Minyak Daun
-perisa makanan dan minuman, sumber vanilla tiruan
4) Minyak Kulit Kayu
-perisa kuih-muih, makanan diproses, manisan dan minuman

Khasiat
1) Kulit Kayu
-Dekoksi (pati rebusan setelah dikisar halus) diminum untuk merangsang edaran darah, penghadaman dan respirasi, merawat bengkak kaki atau tangan kerana kesejukan (frostbite), cirit, demam panas, diabetes, influenza, kurap, loya, muntah, masalah berkaitan pembuangan air besar, mulas perut, kembung angin, rheumatisme, sakit kepala, sinusitis, tibi.
2) Minyak
-Merawat gastrik, loya, muntah, sakit perut kerana masalah penghadaman, antibakteria, stimulan, menambah selera makan
3)Serbuk
-Dimakan bersama makanan untuk menurunkan tekanan darah.

Dekoksi kulit kayu manis dan cengkih diminum untuk merawat demam panas.
Infusi (proses melarutkan bahan dalam pelarut seperti air, minyak atau alkohol) diminum untuk merawat gigi berlubang, jangkitan vagina dan salur kencing, selsema, ulser mulut, antibakteria.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan